Jika bercuti ke Melaka atau Pulau Pinang, menaiki beca adalah salah satu tarikan yang kita perlu cuba. Hal ini kerana boleh pusing di sekitar kawasan pekan untuk melihat apa yang menarik.
Di samping dapat bersiar-siar di sekeliling pekan, pengunjung juga dapat merasai sendiri pengalaman bagaimana orang pada masa lalu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan menggunakan beca.
Baru-baru ini pula, tularnya sebuah video di Twitter memaparkan seorang pengayuh beca melakukan sesuatu yang bukan sahaja membahayakan dirinya malah boleh membahayakan penumpang beca yang dikayuhnya.
Lihat video tersebut di bawah:
Menerusi video yang tular tersebut, pengayuh beca itu dilihat berhenti di tengah jalan mungkin disebabkan lalu lintas.
Apa yang mengejutkan adalah ketika lelaki itu berhenti sambil dilihat menghisap plastik yang disyaki berisi gam tanpa rasa segan silu.
Menerusi tinjauan di ruang komen, terdapat perkongsian dari seorang pengguna Twitter yang mendedahkan pengayuh beca tersebut sebenarnya hanya menggunakan beca itu untuk membawa bapanya yang tidak boleh berjalan dan bukannya membawa pelancong untuk bersiar-siar.
“Polis dah tak larat nak ambil tindakan dah, dia tak kacau orang pun, dia siap jaga bapa dia lagi even dia macam tu” – Netizen
Susulan tularnya video tersebut di Twitter, ia telah meraih sehingga 666K views, 2.1K reposts, 2.3K likes dan 106 bookmarks.
Rata-rata komen yang diberikan oleh netizen di Twitter menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen lain daripada netizen di Twitter:



Diharapkan pihak berkuasa dapat melakukan tindakan lanjut sebelum pengguna jalan raya lain terkesan.
