Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Hilang selama seminggu, Mayat ‘influencer’ dikerat dan ditemui di merata tempat

Seorang pempengaruh dan jutawan wang kripto, Fernando Perez Algaba dari Argentina ditemukan telah meninggal dunia pada Rabu dalam keadaan mayatnya dikerat setelah seminggu dilaporkan hilang.

Mayat lelaki berusia 41 tahun itu telah ditemui oleh sekumpulan kanak-kanak di tepi sungai. Mereka menemui beg pakaian berwarna merah yang dipenuhi dengan anggota badan mayat yang telah dikerat.

Ibu bapa kanak-kanak tersebut bertindak untuk melaporkan kepada pihak polis berhubung penemuan mayat berkenaan.

Pihak polis kemudian memeriksa beg itu dan menemukan kaki serta lengan manakala cebisan anggota badan yang lain ditemukan di dalam sungai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehari selepas itu pula, kepala dan anggota badan yang lain turut ditemui.

Mayat Algaba telah dikenal pasti melalui cap jari dan juga tatu di beberapa bahagian badannya.

Hasil siasatan daripada pihak polis mendapati bahawa Algaba telah ditembak sebnayak tiga kali sebelum mayatnya dikerat dan pihak polis percaya ia dilakukan oleh pembunuh yang profesional.

Susulan daripada itu, polis menahan seorang suspek berhubung kematian pempengaruh tersebut dan mengesyaki bahawa dia dibunuh kerana berhutang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Algaba yang menetap di Barcelona dilaporkan telah tinggal di Argentina selama seminggu sebelum dibunuh. Dia juga telah menyewa sebuah apartmen dan sepatutnya memulangkan kunci pada 19 Julai lalu namun gagal dihubungi dan telah hilang dari radar.

 

Sumber: OhBulan, New York Post

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...