Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya.
Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang asyik menyapu sampah di halaman luar rumahnya.
Reaksi yang ditunjukkan oleh wanita tersebut telah membuatkan ramai orang kehairanan. Hal ini kerana reaksinya agak berbeza daripada anggapan orang ramai.
Rupa-rupanya, wanita tersebut ketawa kerana rantai leher yang dikatakan bernilai USD1,060 (RM4,980) dilarikan peragut itu sebenarnya adalah emas palsu.
Video rakaman kejadian itu telah tersebar luas di media sosial dan dengan pantas telah menjadi tular.
Video itu pada awalnya menunjukkan seorang wanita dengan santai sedang menyapu sampah di jalan hadapan rumahnya.
Secara tiba-tiba seorang peragut yang menaiki motosikal bertindak menghampiri wanita berkenaan.
Peragut tersebut dengan pantas menyentap rantai emas itu dan terus melarikan diri dengan pantas sekali.
Berdasarkan rakaman itu lagi, wanita tersebut dapat dilihat bukannya kelihatan sedih atau terkejut sambil meminta tolong, sebaliknya dia dilihat seakan menjerit sesuatu kepada peragut yang melarikan diri tersebut.
Difahamkan, wanita itu kemudiannya telah melaporkan kejadian berkenaan kepada polis tempatan dan mengakui bahawa rantai lehernya yang diragut itu adalah palsu.
Pihak berkuasa juga telah mengesahkan kejadian itu dan ia dipercayai berlaku pada tengah hari 16 Jun yang lalu.
Wanita itu dikatakan telah memaklumkan kepada polis berkenaan peristiwa ragut rantai emas itu di jalanan.
Pihak berkuasa menggunakan rakaman CCTV itu sebagai bukti dalam usaha mencari suspek yang berjaya melarikan diri.
Sumber: Siakap Keli
