Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Masukkan botol ‘deodorant’ dalam kemaluan, 4 pelajar juvana dihadapkan ke mahkamah

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral.

Empat pelajar juvana dilihat dibawa ke mahkamah.

Empat orang pelajar perempuan yang sedang menjalani hukuman juvana di sekolah pemulihan akhlak Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan memasukkan botol deodorant ke dalam kemaluan penghuni lain.

Mereka telah didakwa melakukan hubungan seks dengan memasukkan botol ke dalam kemaluan seorang remaja perempuan lain yang berusia 16 tahun pada 9 April 2017.

Berdasarkan laporan daripada Harian Metro, keempat-empat tertuduh melakukan kegiatan tidak bermoral itu di sebuah bilik di sekolah berkenaan kira-kira pada pukul 5 petang.

Mereka berempat yang masing-masing berusia 18 dan 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sama sekali di atas pertuduhan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Empat sahabat ini didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara tidak lebih daripada 30 tahun dengan sebatan.

Pada awalnya, mereka tidak dibenarkan memohon sebarang jaminan daripada pihak mahkamah. Namun begitu, pihak peguam memohon agar mereka diberi jaminan sebanyak RM5,000 setiap seorang dengan alasan semua berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah.

Selepas mendengar rayuan daripada kedua-dua belah pihak, Hakim Ahmad Sazali Omar telah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM15,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu meneruskan perintah di sekolah Tunas Bakti sehingga kes selesai, jika jaminan dibayar.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Mei 2017 untuk laporan perubatan dan sebutan semula kes.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Seismik

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...

Uncategorized

Seorang pempengaruh dan jutawan wang kripto, Fernando Perez Algaba dari Argentina ditemukan telah meninggal dunia pada Rabu dalam keadaan mayatnya dikerat setelah seminggu dilaporkan...