Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur.
Kejadian ngeri itu telah berlaku di Jawa Barat, Indonesia. Kes berlaku ketika mangsa sedang menuju ke sekolah. Suspek mengekori mangsa dari arah belakang dan kemudian menghentikan mangsa atas alasan cuma ingin berbual.
Ketika berbual, suspek dengan segera membonceng di atas motosikal mangsa dan memberitahu mangsa bahawa dia mahu mengambil dan membuang ulat yang melekat pada tudung mangsa. Suspek kemudian membuka tudung mangsa dan dengan pantas mengelar leher rakannya itu.
Susulan kejadian itu, para pelajar lain yang terkejut dengan segera membantu setelah mendengar jeritan mangsa yang telah dikelar, manakala pihak sekolah bertindak menghantar mangsa ke klinik yang terdekat untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Mangsa mengalami luka yang serius dan telah mendapat 18 jahitan di bahagian dalam dan 15 jahitan di bahagian luar pada bahagian lehernya.
Menurut Ketua Polis Ciamis, AKBP Tony Prasetyo Yudhangkoro, dia berkata insiden yang menimpa pelajar tersebut adalah bermotifkan cemburu kerana cinta tiga segi mangsa dan suspek bersama seorang lelaki yang mereka kenali.
Sementara itu, suspek telah ditahan di klinik yang sama ketika dia menerima rawatan akibat pening dan ulser perut. Dia juga kini berada di bawah kawalan ketat oleh pihak polis.
Sumber: Oh Bulan, Tribun News
