Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Mangsa dera berkemungkinan alami cacat fizikal, kaki bengkok dan gigi patah

PETALING JAYA : Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang telah menjadi mangsa dera di Negeri Sembilan baru-baru ini berkemungkinan akan membesar dalam keadaan tidak sempurna apabila giginya patah, manakala kakinya pula bengkok.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh ibu kandung mangsa yang membe­ri­tahu anaknya mendakwa dia pernah ditumbuk di bahagian muka sehingga menyebabkan gigi hadapannya patah.

“Dia (anak) mungkin terpaksa memakai gigi palsu. Kakinya juga bengkok sedikit. Saya tidak dapat memastikan punca sebenar kerana alasan pihak sana sentiasa berubah. Ada yang kata dia terjatuh basikal, namun ada pula yang cakap anak saya dipukul guna paip getah.

“Walau apapun yang berlaku, saya bersyukur kerana kea­daan dia sekarang semakin baik walaupun apabila berjalan kakinya bengkok sedikit,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut wanita itu, laporan mengenai keadaan organ dalaman anaknya dijangka diketahui tidak lama lagi sebelum tindakan selanjutnya termasuk pembedahan.

“Buat masa sekarang, anak saya perlu dipantau pasukan perubatan Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah bagi mengenal pasti sekiranya terdapat kecederaan dalaman.

“Perut anak saya juga keras dan membengkak. Dia mengadu sakit lepas makan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Doktor juga sudah membuat imbasan pada perutnya semalam (kelmarin),” ujarnya lagi.

Tambah wanita itu, anaknya dijangka ditempatkan di wad selama dua ke tiga minggu lagi bagi memastikan fizikal, mental dan emosi kanak-kanak itu pulih dengan sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan lain pula, wanita berusia 26 tahun itu bercadang untuk untuk membawa anaknya pulang ke Sarawak selepas rawatan selesai.

“Buat masa ini saya dinasihatkan untuk tidak berhubung dengan mana-mana peguam. Saya mahu bawa dia pulang ke Sarawak, selepas itu baru selesaikan perkara lain. Saya juga mene­rima lawatan daripada peguam yang memberikan soko­ngan emosi,” katanya.

Sebelum ini, tindakan seorang kanak-kanak lelaki lari dari rumah berjaya membongkarkan kejadian dera yang dilakukanoleh bapa kan­dung serta ibu tiri mangsa sejak bulan Mac lalu.

Mangsa mendakwa selain didera secara fizikal, dia turut diberikan nasi putih bersama de­ngan garam, cili dan lada hitam sehingga menyebabkan bibir kanak-kanak itu luka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Kosmo Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...