Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Saya tiada rumah, harta, anak, ibu bapa, semuanya tiada – Zaiton Sameon

KUALA LUMPUR : Penyanyi era 1980-an, Zaiton Sameon, 67, amat memerlukan bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengurangkan bebanan kos sara hidupnya yang ternyata merudum.

Zaiton mengaku dalam kesusahan dan amat memerlukan bantuan kewangan daripada JKM tetapi tidak tahu bagaimana prosedurnya dan berharap jabatan itu dapat membantu.

“Tawaran persembahan menyanyi sekarang sudah tidak banyak. Begitu juga perniagaan rendang yang saya buat sebelum ini, sudah lama dihentikan kerana kekangan kewangan dialami.

“Saya tiada rumah, tiada harta, tiada anak, tiada ibu bapa dan tiada semuanya. Kasihan betul hidup saya,” katanya yang kini hanya tinggal menumpang di rumah anak angkatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zaiton turut berkata, dia memohon bantuan rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur, tahun lalu, namun hingga kini masih lagi tidak mendapat apa-apa jawapan daripada pihak berkenaan.

“Minta bantuan rumah pun tak dapat lagi, beginilah nasib saya. Apapun, saya hanya mampu berdoa serta berharap agar ada pihak daripada JKM dapat membantu… Tolonglah saya,” katanya.

Pada 14 November tahun lalu, Zaiton telah menerima Kad Orang Upaya (OKU) menerusi kategori OKU Fizikal: Traumatic Brain Injuries (Trauma Kecederaan Otak) daripada JKM Wilayah Persekutuan.

Zaiton yang popular dengan lagu Menaruh Harapan mengalami kemalangan jalan raya di Batang Kali, Selangor pada 1990 yang mengakibatkan anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun, meninggal dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penyanyi yang merangkul juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 1987 ini turut parah di bahagian kepala hingga menyebabkan dia hilang ingatan sementara. Dia sangat berharap pihak tersebut dapat memberikan bantuan kepadanya supaya dapat menjalani kehidupan seperti biasa walaupun tidak mewah.

 

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...