Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Mak cik bertekak dengan pekerja katering mahu ‘tapau’ lauk kenduri

PETALING JAYA : Satu rakaman video seorang tetamu kenduri bertekak dengan pekerja katering kerana enggan membenarkannya membungkus dan membawa pulang lauk yang disediakan, telah tular di media sosial.

Rakaman video yang berdurasi 44 saat itu turut menunjukkan bahawa wanita tersebut membawa sendiri bekas makanan yang berkemungkinan dari rumah dan memberikannya kepada pekerja katering untuk diisi lauk kenduri.

Permintaannya kira-kira pada pukul 10.30 pagi itu bagaimanapun ditolak oleh pekerja katering dengan baik atas alasan majlis baru sahaja bermula dan mereka bimbang makanan tidak cukup mengikut jemputan tetamu yang akan hadir.

“Dia orang kan (penganjur kenduri) dah bayar. Makcik nak dua, tiga jenis lauk saja,” kata wanita tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pekerja katering namun memberitahu, mereka tidak dimaklumkan oleh tuan rumah supaya membungkus makanan untuk mana-mana tetamu.

“Tak boleh makcik. Kalau dah akhir-akhir (kenduri) bolehlah bungkus. Kami tidak dimaklumkan apa-apa oleh tuan rumah. Pengurus kami pun tak cakap apa-apa.

“Kami tidak boleh buat sesuka hati. Nanti kita orang yang kena. Kami boleh saja ‘tapaukan’, tapi sekarang baru nak mula,” kata pekerja tersebut.

Insiden itu menjadi bahan bualan netizen apabila ramai membidas sikap wanita tersebut yang disifatkan sebagai tidak tahu malu dan tidak beradab semasa berada di majlis orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Aku cukup meluat jenis ini. Jenis tak tahu malu, tiada adab. Majlis tak habis lagi galak nak ‘tapau’ makan. Dapat pada aku, memang aku ‘semboq’ depan muka,” kata Bella Ayob.

Maeriam Maeriam pula berkata, tetamu dijemput untuk makan di majlis kenduri, bukan untuk membungkus dan membawa pulang makanan.

“Tuan rumah jemput makan kenduri. Bukan suruh tapau sekali. Pelik betul jenis tak malu macam ini,” katanya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...