JAKARTA : Seorang model cantik sanggup meninggalkan dunia glamor selepas memilih pemandu lori sebagai suaminya.
Gadis tersebut, Putri Liliana mendedahkan kisah cintanya itu menerusi akaun TikTok @putrilistiana.
Menurut Putri, sepanjang menjalin hubungan cinta bersama suaminya sebelum berkahwin, dia kerap mendapat cemuhan daripada orang ramai. Hal ini kerana mungkin disebabkan oleh perbezaan pekerjaan dia dan suaminya.
Namun, gadis berasal dari Rembang, wilayah Jawa Tengah tersebut enggan mempedulikan kata-kata tersebut, sebaliknya berasa kagum dengan pekerjaan suaminya itu.
Malah, Putri sanggup meninggalkan dunia permodelan untuk hidup bersama lelaki itu bagi membolehkan dia kerap mengikuti suaminya menghantar barangan dengan menaiki lori.
Hantaran yang dimuat naik Putri telah tular dan menerima banyak pujian daripada netizen yang mengagumi dirinya di mana bukan semua orang sanggup untuk buat perkara yang sama.
“Dia semakin cantik setelah berkahwin. Ia adalah bukti suaminya berjaya membahagiakan dia,” tulis seorang netizen.
Sumber: Kosmo Online
