Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Wanita kena jangkitan mulut akibat cuba lipstick di ‘drugstore’

Sejujurnya, wanita dengan kedai drugstore memang berpisah tiada. Pantang nampak mesti akan masuk.

Tambahan lagi kalau Guardian dan Watson membuat sale, memang ramai yang menyerbu untuk membeli barangan kosmetik dan skincare.

Baru-baru ini, tularnya sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang wanita dengan selambanya mencuba lipstick di bibir telah mencuri tumpuan warga TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang mencuba gincu yang ingin dibeli di sebuah kedai drugstore.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kedengaran seorang wanita lain menegur perbuatan wanita itu supaya tidak membuat sebegitu kerana faktor kebersihan. Kadangkala ada orang yang berpenyakit mencuba lipstick tersebut dan boleh berjangkit ke orang lain.

Seorang wanita turut mengulas mengenai perbuatan wanita tersebut melalui Twitter.

Seperti yang dialami oleh wanita tersebut setelah mencuba lipstick, dia pernah terkena jangkitan mulut.

“Dekat area tepi bibir. Mula mula gatal pastu tak lama jadi luka-luka kecil pastu merebak area bibir lain then bengkak, yang kena mesti akan rasa tak sihat nak demam and pening.” katanya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mujur sekarang, mulut wanita itu telah pulih dan kembali normal.

“Ramai yang aware, ramai juga yang tak kisah. Tak memasal dapat penyakit nanti” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.2M views, 3.8K reposts dan 7.5K likes, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Harapnya para wanita lebih berhati-hati dan elakkan cuba gincu di bahagian bibir sekiranya pergi ke drugstore.

Sumber: Seismik, TikTok
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...