Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Beri bayi minum susu pekat manis kerana susah

SEREMBAN : “Adakalanya anak terpaksa meminum susu pekat manis sebab saya tiada duit.”

Begitulah luahan seorang bapa, Faizul Haza Hashim, 47, berkenaan masalah kesempitan hidup yang dihadapinya dalam membesarkan dua anak yang berusia tiga tahun dan bayi ber­usia setahun di Flat Templer, di sini.

Menurut Faizul, disebabkan ketiadaan wang, dia tidak mampu untuk membeli susu formula untuk bayinya itu.

“Bukan setakat susu formula, kadang-kadang lampin pakai buang anak-anak pun saya cuci semula sebab tidak mampu untuk membelinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selama setengah bulan (15 hari), anak saya meminum susu pekat manis bagi menggantikan susu formula sampai dia muntah (sebab meminum susu tersebut),” katanya kepada baru-baru ini.

Jelas lelaki itu lagi, sebelum ini, dia menjual roti canai segera yang diusahakan bersama isterinya de­ngan memperoleh pendapatan sebanyak RM20 sehari. Jumlah itu bagaimanapun tidak mencukupi untuk menampung keperluan mereka empat beranak.

“Ketika susah ada beberapa individu tampil membantu memberikan barangan dapur.

“Apa makanan yang ada, kami makan. Hendak makan nasi bersama lauk jarang sekali” ujar Faizul lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, baru-baru ini dia mendapat tawaran kerja sebagai pengawal keselamatan di Seremban, namun tidak mampu membeli pakaian seperti kasut dan seluar kerana tiada wang.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0511241100030332 atas nama Faizul atau menghubungi lelaki itu di talian 017-201 4128.

 

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...