Kita sudah tidak asing lagi dengan sumbangan yang akan dihulurkan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Hal ini bagi mengurangkan bebanan mereka yang berada dalam kesusahan.
Pelbagai jenis sumbangan yang dihulurkan seperti barang keperluan harian, makanan dan sebagainya buat mereka yang memerlukan. Sudah semestinya, ada organisasi atau badan yang menyediakan barangan ini untuk diagihkan malah ada juga yang memberikan secara individu.
Namun begitu, baru-baru ini tular pula sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita menghulurkan bantuan dan kemudian diambil semula bungkusan tersebut telah mencuri tumpuan warga TikTok.
Lihat video penuh di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang memberikan sumbangan kepada seorang nenek.
Namun begitu, apa yang mengejutkan adalah apabila wanita itu meminta nenek tersebut bergambar dengan bungkusan itu. Pada akhirnya, setelah selesai bergambar, bungkusan itu diambil semula oleh wanita tersebut.
Ramai yang hairan dan pelik sama ada nenek itu menerima sumbangan yang dihulurkan ataupun tidak.
“Macam kosong juga pun ada bungkusan tu” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.0M tontonan, 23.9K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen yang menarik daripada netizen di TikTok:
Harap-harapnya nenek ini memang dah dapat sumbangan dia.
Sumber: Seismik
