Pengguna di sebuah jalan raya gempar akibat ternampak kelibat seorang ‘wanita’ dikatakan sedang berjalan di tepi jalan sambil mendukung bayi. Video kejadian yang dipercayai berlaku di jalan Genting itu dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial sebelum ianya menerima pelbagai respon daripada warganet.
Pada awalnya, ramai yang menyangka kelibat manusia yang sedang berjalan itu merupakan seorang wanita namun tindakan berani sekumpulan pengguna jalan raya akhirnya merungkai kisah sebenar. Rupanya itu ialah lelaki!
Mereka bertindak untuk menahan lelaki tersebut yang dilihat mendukung batu nisan berwarna putih. Pada mulanya lelaki tersebut langsung tidak mengendahkan arahan orang ramai supaya berhenti namun dia akhirnya berhenti sebelum jatuh di bahu jalan.
Ada pihak yang mengatakan lelaki tersebut mengamalkan ilmu hitam sehingga memaksa mereka yang berada di situ membaca ayat suci Al-quran bagi ‘melindungi’ diri daripada perkara yang tidak diingini. Sehingga kini masih lagi tiada info lanjut daripada pihak berkuasa berkenaan kes ini.
Sumber: OhBulan, Fareez Effizal
