Sistem perundangan dari segi hak penjagaan anak-anak semestinya berlainan mengikut undang-undang di sesebuah negara dan tidak mungkin akan sama. Walaupun begitu, hal itu tidak menjadi penghalang kepada seorang lelaki yang kehilangan haknya hanya kerana dirinya bukan seorang ibu.
Bapa kepada dua orang anak itu berhadapan perbicaraan mahkamah bagi mendapatkan bahagiannya dengan sama rata. Difahamkan juga, dua orang anaknya itu kini tinggal bersama ibu kandung mereka kerana sistem perundangan yang perlu diikut oleh masyarakat di Ecuador.
Lelaki yang bernama Rene Salinas Ramos itu menyatakan bahawa penukaran jantina yang dilakukan olehnya hanyalah ujian cinta pada anak-anak dan tiada kaitan dengan seksualiti atau identiti jantinanya.
Sekarang, saya juga seorang ibu. Saya anggap diri saya begitu.
Saya amat pasti mengenai kecenderungan seksual saya. Apa yang saya cari adalah untuk memberikan kasih sayang dan perlindungan yang boleh diberikan seperti seorang ibu kepada anak-anaknya.
Tambah lelaki yang berusia 58 tahun itu, dirinya sudah setahun setengah tidak bertemu dengan anak sulungnya dan dimaklumkan anak kedua pula telah menjadi mangsa dera.
Ramos turut berkongsi pendapat bahawa segelintir undang-undang merampas hak seseorang untuk menjadi ibu bapa kepada anak-anak.
Walau bagaimanapun, usahanya dalam penukaran jantina demi anak-anak akhirnya berjaya selepas Ramos ke Pejabat Pendaftaran Awam Azuay.
Sumber: OhBulan, Oddity Central
