Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Pekerja ladang bakar isteri guna petrol

GEORGETOWN: Seorang lelaki tergamak membakar isterinya dengan menggunakan petrol dalam kejadian di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor, hanya kerana perselisihan faham membabitkan keluarga.

Akibatnya, mangsa yang berusia 35 tahun itu melecur sehingga 27 peratus pada anggota badan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu.

Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie selaku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara berkata, terdahulu, pihaknya ada menerima panggilan daripada jiran mangsa pada 10.45 malam berhubung kejadian sebelum anggota bergegas menuju ke lokasi.

Kata beliau, ketika kejadian keempat-empat anak mereka berusia antara 10 hingga 15 tahun berada di rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Hasil siasatan awal mendapati anak lelaki mangsa berusia 13 tahun mendakwa mereka berada dalam bilik sebelum terdengar pergaduhan antara ibu dan bapanya.

“Remaja itu cuba keluar bagi melihat kejadian sebelum menyedari pintu bilik dikunci dari luar dan cuba menarik pintu serta berjaya membukanya, ” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mengulas dengan lebih lanjut Mohd Asri berkata, remaja itu kemudian melihat ibunya berada di bahagian belakang luar rumah dalam keadaan badan terbakar manakala suspek cuba padamkan api itu menggunakan kain.

Kata beliau lagi, suspek yang berusia 36 tahun itu bertindak melarikan diri apabila menyedari api pada badan mangsa semakin merebak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa sempat meminta bantuan anak lelakinya mengambil air bagi memadamkan api itu.

“Remaja lelaki berkenaan mengambil air dari bilik air berdekatan dan memadamkan api pada badan mangsa sebelum meminta bantuan daripada jiran bagi menghubungi pihak polis,” katanya.

Mohd Asri turut berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan semakan pegawai perubatan mendapati wanita terbabit melecur 27 peratus pada anggota badan.

“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk pernah mencederakan mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pasangan suami isteri itu adalah pekerja ladang dan usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan,” kata Mohd Asri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: HMetro

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...