Jijik, loya dan sangat menggelikan! Itulah ungkapan yang sesuai digunakan buat dua orang pekerja kilang roti yang bertindak di luar kawalan semasa bekerja. Video tersebut bagaimanapun, telah tular di media sosial dan meraih kecaman daripada orang ramai.
Menerusi video yang dikongsi oleh pemilik akaun Giedde di Instagram, video itu memaparkan tindakan dua orang pekerja yang bertindak memijak roti yang berada di atas talam sebelum membungkusnya ke dalam sebuah plastik.
Bukan cuma itu sahaja kerana apa yang lebih menggelikan apabila seorang lagi pekerja bertindak menjilat roti tersebut di hadapan rakan sekerja yang lain tanpa memakai sebarang sarung tangan. Laporan daripada India Times, perbuatan jijik tersebut seolah-olah dilakukan dengan sengaja. Walau bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan lokasi asal kilang tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 77k dan meraih ratusan komen daripada netizen yang mengecam tindakan pekerja ini.
Sumber: OhBulan, India Times, Giedde
