BEIJING : Seorang lelaki di China terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Zhejiang disebabkan oleh dia tidak dapat mengeluarkan mentol lampu LED yang dimasukkan ke dalam mulutnya, lapor laman berita Oddity Central.
Pada awalnya, lelaki yang hanya dikenali sebagai Chen itu yang menutup mulutnya dengan baju T bergegas pergi ke sebuah balai bomba dan cuba meminta pertolongan untuk mengeluarkan mentol tersebut.
Selepas memeriksa keadaan mentol itu, bomba membuat keputusan untuk menghantarnya ke hospital kerana bimbang akan risiko mentol tersebut pecah di dalam mulut.
Sepasukan doktor kemudian berjaya mengeluarkan mentol itu dengan menggunakan peralatan khas bagi membuka rahang Chen.
Selepas kembali kepada keadaan asal, Chen memberitahu doktor bahawa mentol lampu itu tersekat di dalam mulutnya kira-kira selama tempoh dua jam lamanya.
Ketika ditanya apakah alasan dia memasukkan mentol di dalam mulut, Chen menjawab, dia melakukannya selepas menyaksikan aksi tersebut yang dilakukan menerusi video online.
Sumber: Kosmo
