Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Kanak-kanak meraung tahan sakit akibat kepala tersangkut tin biskut

Seorang kanak-kanak di Kota Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia menghadapi detik cemas apabila kepalanya tiba-tiba tersangkut pada tin biskut dalam insiden yang berlaku pada Sabtu lalu.

Muhammad Gabriel pada awalnya dibawa ke rumah sakit (RS) Islam kota Tasimalaya ekoran kejadian itu. Namun begitu, pihak hospital memintanya untuk merujuk kepada pasukan Pemadam Kebakaran (Damkar) di bandar tersebut.

Tangkap layar daripada video yang menunjukkan usaha dibuat oleh anggota Damkar bagi memotong tin biskut tersebut untuk dikeluarkan daripada tersekat di kepala Muhammad.

Usaha untuk mengeluarkan bekas tersebut dari kepala kanak-kanak itu juga agak mencabar dan dilakukan dengan berhati-hati kerana bimbang akan menyebabkan mangsa tercedera memandangkan tin itu tersangkut di bahagian kepala.

Antara alat yang mereka gunakan untuk mengeluarkan tin tersebut daripada kepala Muhammad ialah mesin pengisar eletrik bersaiz kecil dan sudu.

Menerusi video yang dikongsikan mengenai tindakan menyelamat itu, Muhammad juga dilihat menjerit dan menangis kesakitan kerana dipercayai terkena tin biskut tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdulillah proses penyelamatan berhasil dilaksanakan dalam waktu lebih kurang 10 minit,” jelas kenyataan rasmi daripada Damkar Tasikmalaya pada Isnin.

 

Sumber: Majoriti

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...