Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Hilang selama 9 hari dan ditemui semula dalam longkang

PENAMPANG : Seorang pekerja pembersihan terkejut apabila menemui mayat lelaki di dalam parit bahu Jalan Putatan, berhampiran Kem Lok Kawi.

Mayat mangsa yang ditemui berhampiran sebuah motosikal itu dikenali sebagai Sefuan Taha, 33 tahun yang hilang sejak 23 Julai lalu.

Ibnu Ismail, 64 tahun, berkata bahawa dia bersama beberapa rakannya sedang melakukan kerja-kerja pembersihan semak di kawasan bahu jalan berkenaan sebelum menemui mayat tersebut.

Dia melihat tayar motosikal sewaktu menebas rumput sebelum mendekati dan mengambil kenderaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apabila menghampiri motosikal, saya terkejut melihat seorang lelaki lengkap berpakaian dalam keadaan terduduk bersebelahan dengan kenderaan itu.

“Saya tergamam dan memaklumkan kepada rakan sebelum menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Ibnu yang sudah bekerja sebagai pemotong rumput sejak setahun lalu berkata, dia tidak terhidu bau pelik di tempat kejadian. Oleh itu, dia tidak menyangka akan penemuan mayat tersebut.

“Mayatnya dalam keadaan baik. Saya tidak tahu mangsa hilang sejak 23 Julai lalu. Saya dan rakan membersihkan kawasan berhampiran pada Jumaat lalu namun tiada perkara yang mencurigakan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu pula, sepasukan anggota Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang melakukan siasatan di lokasi kejadian. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2. Difahamkan juga, ahli keluarga mangsa telah membuat pengecaman dan mengesahkan mayat itu adalah Sefuan.

 

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...