Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Banduan ‘sumbat’ badan dalam kotak peti surat untuk lari dari penjara

Seorang banduan lelaki menonjolkan taktik liciknya apabila dia berjaya melarikan diri dari sebuah penjara dekat Blagoveshchensk, Russia baru-baru ini.

Individu yang berusia 22 tahun itu dijatuhkan hukuman atas kesalahan mencuri. Namun, dia dilihat memasukkan badannya ke dalam kotak peti surat penjara terbabit sebelum terus menghilangkan diri.

Tangkap layar seorang banduan melarikan diri dari sebuah penjara di Blagoveshchensk, Russia.

Tidak diperhatikan oleh sesiapa, pemuda berbaju kemeja dan bertopi hitam itu difahamkan terlepas daripada kawalan pengawal penjara sekali gus berjaya meloloskan diri daripada hukumannya.

Aksinya turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV), rakaman berdurasi 28 saat itu hangat diperkatakan di laman Twitter.

Suspek kini dipercayai masih bebas di luar dan pihak polis sedang giat memburunya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Warganet menganggap ianya berlaku berpunca daripada kecuaian pihak penjara.

“Pegawal penjara Rusia sama seperti askarnya juga, tidak cekap dalam menjalankan tugas dan kawalan,” kata Russian Propaganda.

“Masuk dalam lubang sekecil itu hanya dalam tempoh lima saat, ia satu perkara menakjubkan yang bukan semua orang boleh lakukan,” ujar Rwocal.

“Bijak, tetapi ia tak akan bertahan lama, banduan itu pasti akan tertangkap juga akhirnya nanti,” tambah drmarguerite.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Macam aksi ‘mission impossible,’ ini memang kelas pertama punya penjenayah di Russia,” kata Mark Perry.

Sehingga kini juga masih belum lagi ada sebarang tangkapan dilaporkan berhubung kes tersebut.

 

Sumber: Majoriti

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...