Seorang ibu yang masih lagi dalam tempoh berpantang ditemukan telah maut dengan kesan tusukan pada bahagian leher di dalam sebuah bilik di kediamannya Kampung Beris Panchor, Tawan di Kelantan.
Kejadian tersebut berlaku selepas mangsa bercakap dengan suaminya yang bertugas di Kedah menerusi panggilan telefon. Menurut ibu mangsa iaitu Zuraizah Mat, dia juga sempat melihat mangsa mengambil pisau pemotong sayur dan membawanya masuk ke dalam bilik.
Selepas bercakap dengan suami, dia tiba-tiba senyap. Hairan sebabkan dia berada lama dalam bilik, saya meminta Wan Muhamad Nasri (adik bongsu mangsa) memeriksa keadaan kakaknya.
Tetapi alangkah terkejutnya apabila Wan Muhamad melihat kakaknya berada dalam keadaan berlumuran darah sambil terbaring di bawah katil. Difahamkan juga, ahli keluarga kemudian mencabut sebilah pisau sepanjang 16 sentimeter itu sebelum membawa mangsa ke hospital.
Ketika itu, ibu saya sedang mendukung anak kakak yang baru berusia 36 hari. Kami berdua terkejut apabila melihat keadaan kakak yang sudah berlumuran darah.
Susulan daripada itu juga, mangsa telah dikejarkan ke hospital namun disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Menurut sumber, arwah tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan selepas bersalin malah sempat membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin selaku Ketua Polis Daerah Bachok ketika ditemui di lokasi kejadian mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Namun begitu, siasatan lanjut tetap juga dijalankan.
Sumber: OhBulan, Kosmo, Harian Metro
