Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Misteri ‘kubur berdarah’ di Kedah

Misteri ‘kubur berdarah’ menimbulkan keresahan penduduk di Kedah. Penduduk di sekitar bandar ini gempar dengan kejadian ‘kubur berdarah’ di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan di Derga.

Kejadian berkenaan turut viral di platform Facebook yang mana mendakwa kubur itu dipenuhi dengan darah. Namun, ada pihak yang mengatakan bahawa ia hanyalah cecair berwarna merah seperti minyak.

Kubur tersebut yang turut mendap telah ditimbus semula oleh pihak masjid.

Penduduk, Rahmat Ahmad, 50, dari Langgar berkata bahawa dia mendapat tahu tentang kejadian itu melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar oleh rakannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kebetulan pada masa itu saya melalui Jalan Langgar lalu singgah ke tanah perkuburan tersebut dan melihat sudah ada beberapa orang yang berada di situ.

“Saya mendapati ada cecair warna merah di atasnya dengan keadaan kubur mendap,” kata Rahmat.

Sementara itu pula, Yahya Saad selaku Setiausaha Masjid Al-Irfan ketika dihubungi berkata, beliau telah dimaklumkan oleh beberapa kakitangan masjid itu pada petang hari kejadian.

Kata Yahya Saad, dia terus melawat kubur tersebut dan mendapati ada cecair merah di atas tanah perkuburan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagaimanapun saya tidak pasti cecair itu sama ada darah atau sebaliknya yang mana jenazah dikebumikan kira-kira dua minggu lalu.

“Hasil perbincangan dengan ahli jawatan kuasa masjid, saya mengarahkan supaya tanah kubur itu ditimbus semula pada petang ini juga bagi mengelakkan fitnah,” katanya.

Menurut Yahya lagi, pihaknya juga akan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada malamkejadian untuk siasatan lanjut.

“Jabatan Agama Islam Kedah juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini dan pihak berkenaan akan turun untuk membuat siasatan esok,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau pada masa sama meminta orang ramai supaya tidak menularkan kejadian kerana maklumat yang disebarkan tersebut belum lagi sahih.

 

Sumber: Info Rakyat

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...