Ramai yang tidak tahu, tabiat mengorek hidung boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. Kajian saintifik menerusi Jurnal Pernafasan Eropah, tabiat mengorek hidung boleh menyebarkan bakteria berbahaya yang menyebabkan radang paru-paru (pneumonia).
Di China, seorang lelaki yang berasal dari Changsha, Hunan terpaksa menjalani pembedahan gara-gara mengorek hidungnya dengan menggunakan chopstick.
Menerusi Global Times, kejadian ini dikatakan berlaku selepas mangsa makan malam bersama keluarganya. Lelaki berkenaan melakukan perbuatan itu semasa dia bersendirian selepas ahli keluarganya yang lain meninggalkan meja makan.
Namun begitu, nasib tidak menyebelahi lelaki ini apabila dia hilang keseimbangan ketika bangun dari kerusi sebelum jatuh ke lantai. Chopstick sepanjang 20 sentimeter kemudian tertusuk ke dalam hidungnya.
Keluarganya kemudian menyedari keadaan itu dan mangsa terus dikejarkan ke hospital tempatan dengan kadar segera. Mangsa terpaksa menjalani pembedahan dengan segera kerana dikhuatiri chopstick tersebut akan tertusuk lebih dalam lagi.
Doktor kemudian memberitahu bahawa keadaan mangsa amat berisiko jika pembedahan tidak dilakukan dengan segera. Ianya boleh membawa kepada kematian.
Selepas selesai pembedahan, lelaki ini kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi untuk pemeriksaan yang selanjutnya.
Sumber: OhBulan, Global Times, Shanghaisst
