GUA MUSANG : Seorang pemandu dan seorang kelindan sebuah lori yang membawa muatan minyak kelapa sawit maut selepas kenderaan berat yang dinaiki mereka itu terbabas di Jalan Paloh 3- Lebir.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Yahya Jusoh, 36 tahun dan kelindan, Mohammad Hariz Zulkifli, 20 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Superintendan Sik Choon Foo selaku Ketua Polis Daerah Gua Musang berkata, siasatan awal mendapati bahawa lori jenis Volvo itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari sebuah kilang minyak sawit di Paloh 3 di sini menuju ke Klang, Selangor.
Kata beliau, semasa tiba kawasan jalan yang selekoh, lori terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan kanan jalan sebelum terbalik.
“Nahas itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di dalam lori dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat pemandu lori dan kelindan itu dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk proses bedah siasat,” kata Superintendan Sik Choon Foo.
Superintendan Sik Choon Foo turut memberitahu, siasatan lanjut mendapati bahawa kemalangan berlaku semasa lori tersebut hilang kawalan ketika melalui laluan selekoh sebelum terbabas dan terbalik di sebelah kanan jalan.
Sumber: Kosmo
