Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Lelaki parah kelar leher sendiri akibat sukar tidur dan terlalu banyak berfikir

PORT DICKSON : lelaki berusia 36 tahun dilaporkan parah selepas bertindak mengelar lehernya sendiri dengan menggunakan sebilah pisau. Difahamkan, dia berbuat demikian kerana menghadapi masalah tidur dan terlalu banyak berfikir.

Mangsa yang menetap di Bandar Sunggala telah dikejarkan ke Hospital Port Dickson bagi menerima rawatan lanjut susulan daripada kecederaan yang dialaminya. Superintendan Aidi Sham Mohamed selaku Ketua Polis Daerah Port Dickson berkata, mangsa merupakan seorang peniaga restoran di Teluk Kemang, dan mempunyai empat cahaya mata. Kejadian tersebut tidak disedari oleh isteri mangsa berikutan sedang tidur di bilik utama.

Isteri mangsa terdengar jeritan mangsa di dalam tandas dan terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah sambil memegang leher. Senjata pisau yang digunakan oleh mangsa dipercayai diambil dari dapur rumah mangsa sendiri.

Tambah Superintendan Aidi Sham Mohamed lagi, perbuatan tersebut dipercayai akibat daripada tindakan mangsa sendiri.

Ujar isteri mangsa, sebelum kejadian berlaku, suaminya sering menghadapi masalah tidur dan terlalu banyak berfikir. Pada masa yang sama juga, dia turut menceritakan mangsa sama sekali tidak mempunyai sebarang masalah kewangan mahupun masalah peribadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa mengalami kecederaan teruk di leher (urat putus) sebelum dipindahkan ke Zon Merah Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut. Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari pegawai perubatan, mangsa sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Port Dickson kerana mengalami masalah tidak boleh tidur malam kerana mengalami masalah ‘anxiety’.

Menerusi siasatan awal pihak polis, faktor kewangan bukan punca utama lelaki itu berbuat demikian.

Keadaan mangsa kini stabil selepas menjalani pembedahan di HTJ Seremban dan sudah pun dipindahkan ke wad untuk pemantauan. Walau bagaimanapun, mangsa akan dirujuk dengan pakar psikiatrik untuk rawatan lanjut selepas dibenarkan keluar dari HTJ.

 

Sumber: OhBulan, Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...