Gara-gara mabuk, seorang lelaki warga Filipina secara tidak sengaja terpenggal kepala anak saudaranya, Eduardo Rosquitos dengan menggunakan gergaji rantai ketika mangsa sedang tidur. Kejadian itu berlaku selepas mereka pulang dari sesi minum di Culaba, Biliran.
Menerusi laporan daripada Mirror UK, suspek, Roger Paje yang baru sahaja mengambil minuman keras itu turut memotong tangan mangsa.
Mangsa yang bekerja sebagai seorang buruh binaan mati dengan keadaan yang mengerikan apabila kepala dan tangannya dipotong di rumah bapa saudaranya di Bool East, Pulau Baliran.
Tertuduh mengatakan dia dengan tidak sengaja telah memenggal kepala anak saudaranya kerana menyangka sedang memotong pokok kelapa. Dia melakukan pembunuhan itu dengan mata yang tertutup.
Saksi kejadian, Edgardo Canete agak terkejut dengan bunyi enjin mesin gergaji tersebut sebelum melihat kepala Rosquitos yang telah terputus dari badannya. Disebabkan ketakutan, saksi kemudiannya melompat keluar dari tingkap rumah dan berjaya melarikan diri.
Ketiga-tiga mereka dikatakan mengambil minuman keras pada pukul 8 pagi dan kejadian ngeri itu berlaku lima jam kemudian.
Tertuduh telah ditahan di Balai Polis Perbandaran Culaba di atas tuduhan pembunuhan tersebut.
Sumber: OhBulan, Mirror UK, Manilla Bulletin
