Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Lelaki dibawa melihat alam kubur semasa koma

Peristiwa itu sudah hampir 20 tahun berlalu, namun ia masih segar dalam ingatan lelaki berusia 45 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Rozi.

Disebabkan peristiwa itu, Rozi telah berubah di mana barulah dia ingat pada Tuhan, pencipta sekalian alam.

“Walau dah lama berlaku, sampai sekarang kalau nak cerita pun saya masih takut. Menggigil rasanya bila teringat semula kejadian tu,” ujar Rozi.

Semuanya bermula dengan satu tragedi lebih kurang 20 tahun lalu.  Ketika itu lebih kurang pukul 10.00 malam, Rozi dalam perjalanan pulang ke rumahnya setelah habis bekerja di sebuah chalet di Besut, Terengganu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rozi memandu kereta untuk pulang ke rumahnya yang terletak di Setiu, Terengganu. Kebetulan isterinya yang sarat hamil juga turut serta ketika itu, duduk di sebelahnya.

Malam itu hujan turun dengan agak lebat. Ketika melalui sebatang jalan berbukit, Rozi perasan dari arah bertentangan ada sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan yang agak laju.

Apabila kereta itu semakin hampir, entah bagaimana kereta itu tiba-tiba terbabas masuk ke arah bertentangan lalu menghentam kereta yang dipandu oleh Rozi.

Akibat daripada kemalangan itu, isteri Rozi cedera parah dah patah tulang bahu. Mujurlah kandungannya selamat dan baik-baik sahaja. Pemandu kereta itu juga parah. Tetapi yang lebih teruk ialah Rozi yang koma akibat kemalangan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kecederaan Rozi serius. Sebatang besi tertusuk di kepalanya, hampir mengenai bahagian otak. Betisnya patah. Tulang paha dan bahu lari dari kedudukan asal. Ketika itu, doktor memberitahu peluang Rozi untuk hidup hanya 50-50.

“Tiga bulan saya terlantar koma di hospital. Semasa koma itu, ada sesuatu yang berlaku. Mungkin ramai tidak percaya apa yang saya lalui. Orang di luar nampak saya koma, tapi saya merasakan diri saya telah dibawa ke satu alam lain,” cerita Rozi.

Kata Rozi, dia melihat sebuah dataran luas terbentang yang tidak berpenghujung. Ia dipenuhi jutaan manusia yang berpakaian serba putih, tidak kira lelaki atau wanita. Riak wajah mereka tampak ketakutan. Bagai menanti saat untuk dihukum.

Rozi dibawa melihat sebuah lagi tempat, dipertontonkan suasana manusia yang mahu melintasi sebuah jambatan panjang. Namun, jambatan itu terlalu kecil dan halus. Di bawahnya pula ada api yang sedang marak menyala. Rozi tertanya-tanya, apakah itu titian sirat?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rozi lihat ramai manusia cuba lalu di titian itu, tapi  ramai yang jatuh. Mereka menjerit-jerit disambar api yang ganas menjulang dari bawah.

Rozi juga diperlihatkan bagaimana manusia berada dalam keadaan gelap di dalam tanah. Tanah itu akan menghimpit hingga tulang-temulang berbunyi bagai dipatah-patahkan.

Ada banyak lagi keadaan yang menakutkan dilihat oleh Rozi di alam tersebut. Namun tidak sanggup dia hendak menceritakan semua siksaan yang dilihatnya itu. Apakah itu alam kubur? Rozi tidak tahu. Namun, dengan hanya melihat alam itu sudah cukup membuat dirinya ketakutan.

“Lepas sedar dari koma, saya jadi takut. Saya akui, sebelum kejadian itu, saya bukan seorang hambaNya yang baik. Solat pun tak buat. Tak ingat langsung pada Tuhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tapi sejak apa yang saya lihat semasa koma itu, ia membuatkan saya berubah. Tak tahulah itu alam kubur atau alam neraka, tapi ia betul-betul menginsafkan saya. Orang hendak percaya atau tidak, terserah. Tapi itulah peringatan Tuhan yang menyedarkan saya. Saya bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bertaubat semula,” cerita Rozi yang menganggap kejadian itu sebagai satu teguran Tuhan buat dirinya yang lalai.

 

Sumber: UtusanTV

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...