Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Wanita pengotor, Selamba biarkan anak buang air kecil merata

PETALING JAYA : Tindakan seorang wanita membenarkan dan membiarkan anaknya membuang air kecil bukan di dalam tandas mengundang kemarahan orang ramai yang menyifatkan perbuatannya sebagai pengotor serta menjejaskan kebersihan kawasan tersebut.

Gambar perbuatan tersebut turut tular di media sosial dan ada yang meneka lokasi kejadian didakwa di tempat tumpuan pengunjung iaitu di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Malah, ia turut mendapat perhatian pengguna yang berkongsi pengalaman lebih kurang sama apabila berdepan dengsan situasi bukan sahaja ibu bapa membiarkan anak mereka membuang air besar atau kecil merata tempat, malah turut dilakukan orang dewasa bukan warga Malaysia.

“Ini memang betul ada. Setiap kali kalau pergi jogging sekitar KL, mesti ada bau kencing. Hampeh betul,” kata Zafran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dulu pernah ada orang perempuan (bukan warga Malaysia) selamba berak kat belakang tempat kerja aku. Cangkung berak dan pergi tak bersalah masa kami terjah. Dia buat macam kat negara dia pula, dah kena bawa baldi sembur bersihkan najis dia pula,” komen Lisa Nurulain.

“Sama, hari tu pergi sarapan kat Kampung Pasir, selamba satu budak ni umur dalam 10-12 tahun kencing kat tepi belakang kedai makan ni. Mak ayah dia pun rileks duduk makan macam biasa. Aku yang ‘bodo’ sekejap nampak situasi tu,” komen Nordiana Abdullah.

“Ni aku pernah tengok rakyat (luar negara) cangkung kan anak dia atas tong sampah KLCC. Berak cirit kat situ, dah lah sebelah cafe aku kerja. Memang terus aku ‘woi’ kat situ panggil security halau. Yang kasihan Bangladesh cleaner lah kena bersihkan. Mentaliti sampah betul,” marah nurf.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...