Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Ditegur tentang hidu gam, Penganggur cederakan bapa duna pisau

MELAKA : Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mencederakan bapanya yang berusia 68 tahun dengan menggunakan sebilah pisau, pada minggu lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan bagaimanapun telah menangguhkan hukuman terhadap tertuduh, Muhamad Azmizal Ahmad, 28, pada tarikh 12 September depan bagi menunggu serahan fakta kes.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan di jari tangan kanan, telinga kiri, bahu dan dada sebelah kiri terhadap bapanya, Ahmad Adam, 68, dengan menggunakan sebilah pisau.

Perbuatan itu telah dilakukan oleh tertuduh kira-kira pada pukul 4.45 pagi di bahagian dapur rumah di Kampung Air Hitam, Tanjung Minyak dalam daerah Melaka Tengah pada 20 Julai lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika tertuduh disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Difahamkan juga kejadian berlaku selepas tertuduh berang bapanya menasihatinya untuk tidak menghidu gam yang menjadi salah satu pencetus kepada penagihan dadah.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon satu tarikh baru untuk serahan fakta kes dan keputusan hukuman, manakala tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Mahkamah kemudian bersetuju dengan permohonan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...