Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Mayat ditemui tersangkut di tingkat 20 kondominium

Seorang wanita ditemui maut selepas terjun dari tingkat 28 sebuah kondominium yang terletak di Damansara Perdana sebelum tersangkut di aras 20.

Norazam Khamis selaku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 8.09 pagi.

Beliau berkata, sepasukan 12 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikerahkan dengan kadar segera untuk ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 16 minit kemudian dan mendapati mangsa seorang wanita berusia 40 tahun ditemui tersangkut di tingkat 20.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mayat mangsa telah diambil dengan menggunakan teknik ‘rope rescue’ dan dibawa masuk ke dalam bangunan melalui tingkap,” kata Norazam Khamis dalam satu kenyataan.

Jelas beliau juga, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 10.55 pagi.

 

Sumber: UtusanTV

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...