Seorang suami bertindak untuk memohon penceraian kerana mendakwa isterinya telah berubah sikap daripada seorang yang lemah lembut kepada seorang yang garang dan sering meninggikan suara kepadanya.
Perkongsian tentang rumah tangga pasangan itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok di mana ianya memaparkan luahan seorang individu yang sedang berdepan dengan kes perceraian.
Menurut individu berkenaan, lelaki itu bertindak untuk berbuat sedemikian setelah melihat perubahan sikap isterinya ketika sedang hamil anak kedua.
Si suami mohon cerai sebab isterinya garang, dah tak sama macam masa dia kenal sebelum dan masa mula-mula berkahwin. Katanya dia memilih isterinya sebab dia seorang yang lemah-lembut, tak banyak cakap dan suaranya rendah.
Sejak mengandung anak kedua, isterinya selalu marah-marah dan sejak anak kedua itu lahir, si isteri masih tak berubah. Selalu marah-marah, jerit pada anak pertama sampai dia pun terkejut dengar jeritan isterinya.
Difahamkan juga, bapa kepada dua orang anak itu seorang yang lemah lembut dan sudah sedaya upaya untuk menegur isterinya namun masih juga tidak berhasil sehingga nekad untuk bercerai.
Sementara itu pula, pasangan tersebut juga pernah menghadiri ke sesi kaunseling di mahkamah namun lelaki tersebut masih mengalami trauma oleh sebab sikap isterinya yang berubah secara mendadak.
Dia dah pesan banyak kali, dah tegur namun isterinya tak berubah kalau berubah pun sekejap sahaja.
Dia lebih tenang bila keluar bekerja, bila balik rumah hatinya mula rasa takut. Ketakutan itu yang membawa kepada pemikirannya untuk bercerai.
Dalam pada itu, individu berkenaan turut menegaskan bahawa seorang wanita akan berubah sikapnya terutama ketika di dalam fasa membesarkan anak-anak.
Selepas ada anak dan anak mula lasak automatik dia akan lebih agresif, dia berubah mengikut keadaan.
Jangan pelik, ini terjadi kepada semua para ibu. Kerana dia perlu menjaga keluarganya dan dia ada keletihan yang tak sama seperti sebelum dia berkahwin.
Sumber: OhBulan
