Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Telur ke ayam… Mana satu yang keluar dulu?

Ada satu persoalan yang selalu bermain dalam fikiran. Antara telur dan ayam, yang mana satu terlebih dahulu wujud? Telur dulu baru keluar ayam? Atau ayam dulu baru keluar telur? Nampak senang, tapi inilah soalan yang sukar nak dijawab.

Pertikaian, persoalan dan perbalahan sama ada ayam atau telur yang wujud terlebih dahulu telah menjadi persoalan yang ilmiah kepada manusia sejak berabad-abad lamanya sehinggalah kini. Sekalipun manusia cuba mencari jawapan, namun persoalan tersebut masih lagi terus tergantung tanpa jawapan yang pasti. Macam ‘Tergantung Sepi’ judul lagu nyanyian Haqiem Rusli.

Ada yang kata  telur dahulu yang wujud di dunia ini, tapi ramai juga yang bantah dan mengatakan ayam dulu yang wujud. Kebanyakan hujah hanya berlandaskan kepada logik akal masing-masing.

Setelah sekian lama persoalan itu menjadi teka-teki, ia terjawab apabila sekumpulan saintis dari Eropah yang diketuai oleh Dr. Colin Freeman dikatakan telah berjaya merungkai persoalan berkenaan melalui pemerhatian dan kaedah saintifik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jawapan yang diberikan oleh mereka ialah, AYAM terlebih dahulu wujud di dunia ini!

Berdasarkan kajian yang dilakukan, para penyelidik itu mendapati pembentukan kulit telur bergantung kepada satu protein yang cuma dapat ditemui di indung telur ayam.

Protein yang dikenali sebagai Ovocledidin-17 (OC-17) itu berfungsi sebagai katalis untuk mempercepatkan pembentukan kulit telur. Dalam erti kata lain, telur hanya boleh wujud jika berada di dalam ayam sahaja.

Melalui teknologi, para penyelidik melihat sendiri proses pembentukan kulit telur ayam secara semula jadi. Melalui sistem komputer yang dikenali sebagai HECTOR, saintis mendapati bahawa kewujudan protein OC-17 adalah penting dalam memulakan tahap awal penciptaan kulit telur. Dalam setiap pusingan 24 jam, ayam mampu untuk menghasilkan enam gram kulit telur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Dr. Colin, jika sebelum ini ada yang menganggap kewujudan telur mendahului ayam, tetapi pembuktian saintifik telah memberikan jawapan sebaliknya.

Melalui penyelidikan, saintis dapat melihat sendiri bagaimana protein tersebut memainkan peranan penting dalam proses pembentukan kulit telur ayam. Justeru, ia secara sahih telah memberikan jawapan bahawa telur tidak mungkin wujud dengan sendirinya tanpa bantuan protein yang terdapat di dalam tubuh seekor ayam.

Penemuan bersejarah ini telah diterbitkan dalam jurnal saintifik yang bertajuk ‘Structural Control of Crystal Nuclei by an Eggshell Protein’.

Sahih! Ayam wujud dulu baru telur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tapi, kalau ayam yang wujud dahulu daripada telur, ayam tu datang dari mana agaknya? Haa… jawab! Pening kepala kan hehe

 

Sumber: UtusanTV

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...