Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Lagenda Batu Nabau di Sarawak

Di Sarawak terdapat sebuah batu pelik yang disebut sebagai Batu Nabau. Lokasi Batu Nabau terletak di kawasan Sungai Bukong dalam daerah kecil Engkilili di Sri Aman, Sarawak. Kisah tentang batu ini selalu mendapat perhatian kerana keganjilannya.

Namun begitu, ramai lagi yang tidak mengetahui mengenai Batu Nabau ini terutamanya mereka yang duduk di Semenanjung.

Engkilili, bandar keci di Sri Aman, Sarawak.

Batu Nabau merupakan sebongkah batu panjang dengan mempunyai ukuran diameter melebihi dua meter dan panjang menjangkau sembilan meter. Formasinya yang sebegitu menjadikan ia berbentuk seakan-akan seperti ular gergasi.

Kedudukan bongkah batu berwarna gelap tersebut tidaklah jauh mana, kira-kira 50 meter dari Rumah Nyalau Muang di Bukang. Oleh kerana jaraknya yang agak dekat, maka ia bukan sesuatu yang asing lagi bagi penduduk rumah panjang di situ.

Batu Nabau yang rupanya seperti ular gergasi.

Walaupun penduduk rumah panjang sudah mengetahuinya sejak lama dahulu, namun kisah kewujudan batu tersebut hanya diketahui umum sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kisah Batu Nabau mulai tersebar selepas seorang lelaki berketurunan Siam dari Kuala Lumpur mendakwa telah bermimpi perkara pelik lebih kurang dua dekad yang lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam mimpi tersebut, lelaki tersebut memberitahu melihat seekor ular gergasi yang secara tiba-tiba berubah menjadi bongkah batu besar. Lantaran rasa ingin tahu yang menebal, lelaki Siam tadi memulakan pencarian berdasarkan petunjuk yang datang di dalam mimpinya.

Pencarian demi pencarian, akhirnya dia sampai ke kawasan Engkilili, tempat di mana Batu Nabau berada. Dan sejak dari itu, kisah batu tersebut tersebar ke serata tempat sehingga telah menarik perhatian ramai orang.

Menurut cerita orang tua-tua dahulu, Nabau merujuk kepada nama seekor ular yang bersaiz sangat besar. Tiada siapa yang tahu dari mana ia datang dan kehadirannya kekal misteri sampai ke hari ini.

Ada juga kepercayaan yang menganggap batu Nabau ini adalah jelmaan bagi Dewa Ular. Bagi orang-orang tua masyarakat Iban pula, mereka percaya bahawa Nabau ialah nama ular gergasi yang hadir secara misteri. Jika Nabau muncul merentasi Sungai Baleh, bermakna banjir besar akan berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Batu Nabau di bahagian hadapan rupanya seperti ular.

Jika mengikut cerita legenda suku Dayak Iban di bahagian Kalimantan, ada seekor haiwan yang bentuk badanya seperti ular dipanggil Nabau. Saiznya amat besar dan hidup di dalam hutan.

Digambarkan saiz badan Nabau ini sebesar beduk masjid pada zaman dulu dan panjangnya sehingga 30 meter. Mereka juga percaya bahawa Nabau ini bukan makhluk biasa dan memiliki kekuatan ghaib. Kononnya, sesiapa yang tidak sengaja bertemu Nabau, bererti orang itu akan mendapat tuah atau dilimpahi kesenangan.

Manakala legenda tempatan Sarawak pula menceritakan Nabau ialah nama kepada makhluk jelmaan. Ia dipercayai berubah menjadi manusia dan mulai memikat isteri seorang pahlawan.

Berang dengan perbuatan Nabau, pahlawan tersebut kemudian menangkap dan mengerat Nabau menjadi tujuh bahagian lalu dibuang ke sebuah jeram. Tempat pembuangan Nabau itu kini dikenali sebagai Jeram Pelagus, terletak di Sungai Rajang di antara pekan Belaga dan Kapit.

Jeram Pelagus. Banyak nyawa terkorban di jeram ini dan ia dikaitkan dengan legenda Nabau.

Tujuh bahagian keratan badan Nabau itu kononnya membentuk tujuh bongkah batu di sepanjang jeram ini. Tujuh bongkah batu itu dikenali sebagai Wong Lapoh, Wong Nabau, Wong Batu Kawie, Wong Sukat, Wong Tilan, Wong Batu Naga dan Wong Pantu.

Jeram Pelagus ini juga digeruni penduduk setempat kerana sudah banyak mengorbankan nyawa. Mereka percaya jeram ini menagih nyawa yang dikaitkan dengan legenda ular gergasi Nabau yang bersumpah akan menuntut nyawa manusia di jeram Palagus untuk membalas dendam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keunikan Batu Nabau bukan sekadar terletak pada bentuknya yang menyerupai seekor ular raksasa malah daripada dapatan, ada sesuatu yang lebih aneh turut terkait dengan batu gergasi ini.

Utusan Online bertarikh 23 Disember 2008 pernah melaporkan bahawa terdapat penemuan corak menyerupai huruf jawi iaitu alif, lam, ha, nun, mim dan sin dikesan di bahagian tengah batuan tersebut. Setiap huruf itu jelas terlihat terpisah-pisah dan tersusun dalam keadaan terbalik.

Tulisan Jawi lama pada permukaan batu Nabau.

Perkara itu mulai disedari oleh seorang penduduk tempatan yang berkunjung ke tempat batu tersebut selepas tertarik dengan cerita keajaiban Batu Nabau yang tersiar dalam akhbar tempatan. Setelah mengamatinya, dia kemudian mengambil gambar lalu menunjukkannya kepada individu yang lebih arif mengenai tulisan jawi.

Selepas dirujuk kepada orang-orang yang mahir, ternyata ukiran pada permukaan batu itu merupakan motif tulisan jawi lama. Ia tersusun dalam keadaan terbalik dan terpisah antara satu lain. Namun dipercayai, jika huruf jawi tersebut disusun dan digabungkan, tulisan itu boleh membentuk kalimah ‘Allah’.

Persoalannya, siapa yang mengukirnya dan sejauh mana kebenaran batu pelik itu berasal daripada ular raksasa masih menjadi tanda tanya. Sehingga kini masih belum ada kajian khusus dilakukan ke atas batu ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan itu juga, pelbagai teori dan andaian dikaitkan dengan batu ini. Antara teori menarik yang dicetuskan ialah soal kemahiran orang-orang dahulu.

Turut dipercayai, masyarakat terdahulu memiliki kemahiran yang sangat tinggi dalam kerja-kerja mengukir segala jenis batu menjadi pelbagai rupa bentuk. Dan ada kemungkinan, Batu Nabau juga telah diukir oleh orang-orang terdahulu sehingga menyerupai formasi unik seperti yang terlihat pada hari ini.

Walaupun ada logiknya, namun teori itu masih belum dapat dibuktikan dengan sahih. Batu Nabau terus dilingkari cerita legenda dan mitos yang menjadi kepercayaan kebanyakan penduduk tempatan.

Batu Nabau menggamit ramai pengunjung dari serata tempat yang tertarik dengan kisahnya.

Apa yang bagusnya, kisah-kisah mitos ini secara tidak langsung mempopularkan nama Batu Nabau, sekaligus ia menjadi salah satu faktor untuk menarik ramai pengunjung datang ke daerah ini. maka dengan itu, ramai pelancong dari dalam dan luar yang berkunjung untuk melihat sendiri bagaimana rupa Batu Nabau.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: UtusanTV

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...