Seorang suami bertindak untuk mengelar dirinya sendiri gara-gara ditegur oleh isterinya kerana membeli jam tangan mahal sebagai hadiah.
Menurut Datuk Hussein Omar Khan selaku Ketua Polis Selangor berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima maklumat berkenaan seorang lelaki mengalami pendarahan yang banyak pada tangan dan leher selepas bertindak mengelar diri sendiri menggunakan kaca.
Hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa kejadian tersebut berlaku pada jam 7 malam di Damansara ketika mangsa dan isterinya sedang bertikam lidah.
Isteri menyatakan mangsa membelikan hadiah jam tangan dan isteri menegurnya tidak berbelanja lebih.
Ini menyebabkan mangsa marah dan memecahkan balang kaca serta mengambil serpihan kaca sebelum kelar pergelangan tangan kiri dan leher.
Dalam pada itu juga, beliau menjelaskan bahawa mangsa sedang menghadapi masalah kesihatan dan pernah mengugut untuk mencederakan diri sendiri.
Mangsa sudah keluar dari hospital dan telah menerima jahitan di pergelangan tangan kiri dan di leher.
Susulan daripada itu, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.
Sumber: OhBulan, Harian Metro
