Seorang lelaki ditemukan telah meninggal dunia dalam keadaan terduduk dan muka di dalam mangkuk tandas serta terdapat kesan kelar di bahagian tangannya.
Menurut Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan selaku Ketua Polis Daerah Kuala Muda berkata pada pukul 1.10 petang pihaknya ada menerima panggilan daripada hospital berhubung penemuan mayat di Taman Kelisa Ria Sungai Petani, Kedah.
Ketika kejadian tersebut, isteri mangsa dalam keadaan curiga kerana tidak dapat menghubungi mangsa sejak jam 11 pagi hangga 12.30 tengah hari Isnin. Isterinya telah meminta jiran untuk melihat keadaan suaminya di rumah.
Wanita berkenaan ke rumah mangsa dan melihat pintu tidak berkunci masuk, sebelum mendapati lantai ruang tamu dipenuhi darah menyebabkannya terus menghubungi ambulans.
Walau bagaimanapun, mangsa yang berusia 58 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dan memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.
Dalam pada itu juga, pihak polis turut menemui sebilah pisau pemotong kertas dan mendapati terdapat kesan kelar pada tangan mangsa.
Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat pisau pemotong kertas di ruang tamu rumah berkenaan.
Mayat mangsa pula ditemukan dengan berpakaian lengkap serta terdapat kesan kelar di tangan kirinya.
Sementara itu pula, hasil siasatan lanjut mendapati bahawa mangsa tinggal bersama isterinya di rumah tersebut dan mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 32 tahun.
Namun begitu, difahamkan anak mereka tidak pernah berhubung atau pulang ke rumah sejak tahun 2016 selepas dia keluar dari rumah itu.
Pihak polis kemudian mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.
Sumber: OhBulan
