Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Mati akibat dihempap ketika melombong emas

KUANTAN: Seorang lelaki maut dipercayai akibat dihempap oleh batu semasa melombong emas secara haram di Sungai Kadir berhampiran Kampung Sungai Temau, Lipis.

Superintendan Azli Mohd Noor selaku Ketua Polis Daerah Lipis berkata bahawa kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4 petang dan mangsa yang berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dihempap oleh bongkah batu di bahagian dada hingga ke paras pinggang.

“Mangsa dikatakan melombong di anak sungai yang terletak dalam kawasan hutan simpan bersama dua lagi rakannya dan bongkah batu di lereng bukit dipercayai jatuh selepas mereka mengorek tanah di situ,” kata Superintendan Azli Mohd Noor menerusi kenyataan.

Superintendan Azli Mohd Noor juga berkata kejadian itu menyebabkan dua rakan mangsa bergegas pulang ke kampung yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian untuk meminta bantuan bagi mengeluarkan mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian tersebut pada jam 4.30 petang dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat.

Superintendan Azli Mohd Noor turut berkata pihak polis merakam percakapan dua rakan mangsa bagi melengkapkan hasil siasatan.

 

Sumber: HMetro

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...