Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> 20 tahun bela ‘biawak hidup’, Suami ‘goyang kaki’ isteri kerja kerajaan

Di laman Facebook, seorang Peguam Syarie yang bernama Nor Asyiqin telah berkongsi kisah mengenai suami anak guamnya yang ‘liat’ untuk hadir ke prosiding lafaz cerai meskipun pihak mahkamah sudah mengeluarkan perintah kepadanya.

Menurut Asyiqin, si suami terlalu hidup selesa sepanjang tempoh 20 tahun perkahwinan mereka. Segala perbelanjaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh isteri yang bekerja sebagai seorang penjawat awam. Lebih teruk lagi, si suami hanya ‘goyang kaki’ sahaja di rumah tatkala isteri sibuk mencari rezeki.

Puan nak tahu kenapa suami tak mahu lepaskan puan? Sebab puan kerja kerajaan. Puan dah tanggung hidup dia selama ini. Dalam kes ini, puan telah menanggung semua keperluan sekolah anak, barangan dapur, bil utiliti, bayaran rumah dan kereta suami, perbelanjaan makan minum keluarga.

Tambah Asyiqin lagi, suami anak guamnya itu turut mengambil barang terlarang. Ujar Asyiqin, si isteri memohon perceraian di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu berkenaan cerai secara persetujuan bersama yang kemudian akan masuk ke peringkat Hakam (Seksyen 48).

Disebabkan si suami berdegil dan tidak mahu memberikan kerjasama yang baik, prosiding yang sepatutnya berlaku beralih kepada jalan terakhir iaitu pelantikan hakam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jadi kuasa talak tidak terletak pada suami. Namun mahkamah tetap mengarahkan kes berjalan sebelah pihak iaitu pelantikan jawatankuasa pendamai, hakam islah dan hakam panel berjalan sebelah pihak sahaja meskipun si suami enggan datang. Di dalam kes cerai secara hakam, syiqaq (perkelahian) mestilah dikenalpasti yang menjadi punca utama pihak isteri memfailkan perceraian.

Di dalam kes ini, syiqaq yang terang dan nyata apabila si suami dengan sengaja tidak menjalankan tanggungjawabnya dan menyebabkan isteri melaksanakan tanggungjawab seorang diri sehingga menyebabkan isteri tawar hati terhadap kelakuan suami.

Sekiranya Hakam mensabitkan syiqaq tersebut maka mahkamah akan mengarahkan hakam panel untuk melafazkan talak meskipun suami tidak bersetuju melafazkan talak. Kenapa? Sebab kuasa talak suami dah hilang dan berpindah kepada hakam.

 

Sumber: OhBulan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...