WASHINGTON : Seorang lelaki yang identitinya tidak didedahkan telah menjumpai sejumlah syiling emas era perang saudara Amerika Syarikat yang bernilai lebih AS$1 juta (RM4.56 juta) di sebuah ladang jagung di Kentucky, baru-baru ini, lapor daripada portal berita Insider.
Lokasi tepat tempat dia menemui syiling emas tersebut tidak didedahkan namun video yang disiarkan di laman YouTube oleh seorang peniaga duit lama dikenali sebagai GovMint menunjukkan bahawa lelaki berkenaan dilihat dalam keadaan yang sangat gembira selepas menemui syiling tersebut.
Lelaki berkenaan menyebut bahawa penemuan itu sebagai sesuatu yang ‘sangat gila’ dalam hidupnya.
Akhbar The New York Times menganggarkan harta karun itu bernilai lebih daripada AS$1 juta.
“Ini adalah apa yang setiap pemburu harta karun impikan dan lelaki itu mengalaminya,” kata seorang netizen di ruangan komen di YouTube.
Sumber: Kosmo
