Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Wanita beranak tengah hutan, Keguguran akibat terhentak jalan tak rata

LIPIS : Beranak di tengah-te­ngah hutan dan mengalami ke­guguran akibat jalan yang teruk antara perkara yang tidak asing lagi bagi penduduk Orang Asli di Pos Sinderut, di sini.

Hal ini kerana laluan dari jalan besar me­nuju ke 18 buah kampung di Pos Sinderut sejauh kira-kira 35 kilometer (km) itu tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Dengan perjalanan yang mengambil masa kira-kira hampir dua jam menaiki pacuan empat roda menyaksikan lebih 4,000 penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan menggunakan motosikal untuk keluar ke pekan Sungai Koyan.

Batin Yok Tun dari Kampung Janggap, Pos Sinderut ada mengatakan bahawa keadaan jalan yang begitu teruk, apatah lagi ketika hujan membuatkan penduduk berasa resah dan terbeban terutama sekali bagi mereka yang sedang sakit atau mengandung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata beliau juga, Kampung Janggap yang mempunyai lebih 200 penduduk adalah kampung paling jauh di Pos Sinderut.

“Penduduk kampung saya adalah yang paling terkesan ke­rana selepas melalui jalan utama Pos Sinderut yang rosak, kami terpaksa pula berjalan kaki ke kampung sejauh lebih 5km.

“Pernah ada orang hendak beranak, kami terpaksa berjalan kaki membawanya dengan pengusung bergilir-gilir untuk keluar dari kampung dalam keadaan hujan lebat sehinggalah diambil oleh ambulans yang tunggu di jalan besar,” kata Batin Yok Tun.

Laluan yang digunakan oleh penduduk Orang Asli di Pos Sinderut, Lipis

Batin Kampung Tigol, Pos Sinderut, Mahathir Tegos memberitahu, keadaan jalan yang te­ruk menyebabkan ramai ibu menghadapi kesukaran dan ke­sakitan apabila mereka hendak bersalin.

Katanya, keadaan jalan yang tidak boleh dilalui kenderaan ringan menyaksikan banyak kejadian ibu-ibu yang tidak sempat dibawa ke hospital dan terpaksa bersalin di tengah jalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ada yang tidak pernah me­nyambut bayi terma­suk suami terpaksa bermandi darah apabila isteri sudah hendak beranak di tengah hutan,” ujarnya.

Menurutnya juga, keadaan jalan yang teruk juga boleh menyebabkan kematian apabila anak pe­rempuannya sendiri mengalami keguguran selepas terjatuh dari motosikal ketika hendak keluar ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan.

“Keadaan jalan yang teruk juga membebankan penduduk yang sakit dan yang perlu dibawa ke hospital dengan segera termasuk pesakit kritikal, individu yang mengalami kecederaan dan juga digigit haiwan berbisa,” ujarnya.

Katanya lagi, penduduk biasanya akan dibawa ke hospital dengan menaiki motosikal atau terpaksa me­nunggu ambulans yang memakan masa agak lama untuk sampai sehingga boleh merisikokan nyawa pesakit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru itu, dia mencadangkan agar sebuah ambulans pacuan empat roda dapat ditempatkan di Pos Sinderut supaya pesakit dapat dibawa ke Klinik Kesihatan di Sungai Koyan dengan kadar segera daripada yang sebelumnya.

 

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...