Baru-baru ini, tularnya satu video yang memaparkan terdapat satu kepala manusia yang digantung pada pagar buluh di kawasan perumahan di daerah Bishnupur, India pada tanggal 20 Julai lalu.
Memetik laporan daripada India Today, kepala tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai David Thiek. David merupakan salah soerang daripada tiga individu yang terbunuh semasa berlakunya pertempuran di daerah Manipur pada 2 Julai lalu.

Gambar hiasan.
Pertempuran tersebut adalah merupakan serangan kejam yang dilancarkan oleh sekumpulan militan di kawasan pinggir yang bersempadan dengan daerah Bishnupur dan Churachandpur di negeri itu. Berdasarkan serangan tersebut, beberapa rumah telah dibakar dan penduduk kampung turut diculik.
Apa yang lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui, kepala orang awam yang dipenggal semasa pertempuran itu akan dipamerkan oleh militan bersenjata di pelbagai lokasi.
Menurut sumber, video tersebut mula ditularkan pada 2 Julai lalu dan kini kembali disebarkan di media sosial.
Sumber: OhBulan, India Today
