Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Disebabkan anak ubah saluran TV, Bapa toreh leher 3 kali

Gara-gara si anak mengubah saluran televisyen, seorang bapa didakwa bertindak di luar kawalan dengan mengelar anak kandunganya sendiri di rumah mereka di Bernam Jaya, Hulu Bernam.

‘Pergaduhan’ tersebut berlaku antara suspek yang berusia 71 tahun dan mangsa berusia 37 tahun. Ujar Superintendan Arsad Kamaruddin selaku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, pihak polis menerima laporan pada 12.55 tengah hari daripada suspek sendiri, susulan penemuan anaknya yang terbaring berlumuran darah di ruang tamu dan tidak sedarkan diri.

Mengulas dengan lebih lanjut, suspek menjelaskan bahawa leher anaknya mengalami luka dan terdapat darah yang keluar dari kepala.

Suspek memaklumkan kepada jiran supaya menghubungi pihak polis. Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati leher mangsa terdapat kesan kelar yang dalam. Ia bukan bunuh diri dan dilakukan oleh pihak ketiga.

Suspek menyatakan pada waktu pagi hari sama, dia dan anaknya bertengkar berpunca mangsa mengubah saluran televisyen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek kemudian menolak mangsa sehingga terkena dinding dan jatuh ke lantai. Dia kemudian mengambil pisau di dapur dan mangsa bergelut dengannya sehingga mangsa ditoreh di leher sebanyak tiga kali.

Susulan daripada itu juga, pihak polis telah merampas pisau yang digunakan oleh suspek untuk mengelar mangsa serta baju kemeja lengan pendek dan seluar pendek. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan sama sekali tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Kubu Bharu hari ini untuk permohonan reman. Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan kes ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: OhBulan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...