Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Wanita nekad kahwini lelaki yang tikamnya sebanyak 16 kali

ASAHAN : Seorang wanita yang pernah ditikam sebanyak 16 kali oleh kekasihya akibat pertengkaran mengambil keputusan dan bernekad untuk berkahwin dengan lelaki itu.

Mangsa yang dikenali sebagai Eka Wahyu Lestari berusia 23 tahun. Dia telah ditikam bertubi-tubi di bahagian perut dan tangan oleh kekasihnya, Fika Andrean Banjarnahor, 21 tahun, dalam kereta di kawasan Terminal Kisaran Asahan, Sumateria Utara pada Ahad yang lalu.

Sebelum kejadian berlaku, pasangan itu dilaporkan telah bertengkar sebelum Fika Andrean mengeluarkan pisau dan menikamnya berbelas kali.

Iptu Arbin Rambe selaku Ketua Polis Daerah Satreskrim Asahan berkata, selepas mangsa ditikam berkali-kali, pelakunya meminta maaf dan menghantarnya ke tempat kerja serta menyuruhnya berbohong bahawa dia disamun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa serta merta dimasukkan ke hospital selepas ditikam 16 kali di perut dan tangan serta mendakwa dia telah disamun.

“Selepas siasatan dijalankan, laporan itu adalah palsu dan mangsa mengakui bahawa dia ditikam teman lelakinya,” kata Iptu Arbin Rambe.

Iptu Arbin Rambe menambah, suspek telah ditangkap pada hari berikutnya dan dibawa ke Balai Polis Asahan. Pihak polis turut menjumpai sebilah pisau dan kereta digunakan suspek semasa kejadian tersebut.

Sementera di balai polis pula, suspek mengaku dia menikam kekasihnya kerana marah mangsa sering meminjam duit kepadanya dan memberikan pelbagai alasan.

“Puncanya kerana kekasihnya sering meminta wang. Tetapi kami sedang menyiasat kenyataannya kerana dia masih dalam keadaan terkejut dan sedang dirawat,”tambahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...