Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Pak ‘guard’ kasari wanita hamil, Tunjuk samseng siap buka butang baju

Kecoh apabila seorang pengawal keselamatan dirakam telah bertindak ganas terhadap sepasang suami isteri di sebuah pusat beli-belah di Bandar Baru Bangi, Selangor pada Rabu lalu.

Insiden itu tercetus sebaik lelaki berkenaan diarahkan untuk mengalihkan kenderaannya yang dikatakan menghalang laluan di pintu masuk pusat beli-belah tersebut.

Mereka berkata hanya meletakkan keretanya di situ untuk seketika waktu namun dan kemudiannya meminta pertolongan isterinya untuk memandu kenderaan mereka ke laluan yang lebih selamat.

Namun, salah seorang pengawal keselamatan bertugas dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat yang sekali gus mengundang perbalahan antara mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengawal terbabit yang enggan mengalah, terus menengking dan mencabar individu terbabit untuk bergaduh di tempat lain.

Si isteri yang tersentak dengan kelakuan petugas itu, lantang mempersoalkan kelakuannya yang dianggap seperti samseng.

Video daripada Tiktok Majoriti Official:

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut pemandu lelaki berkenaan, isterinya sedang hamil lapan bulan dan telah dikasari oleh pengawal terbabit selepas gagal mengawal kemarahannya.

Walaupun begitu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dengan pergaduhan itu terlerai susulan beberapa individu lain tampil membantu mereka.

Menurutnya, satu laporan polis juga telah dibuat berhubung insiden berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor pada hari kejadian.

Namun, masih belum ada sebarang tangkapan ataupun kenyataan polis berkaitan isu terbabit setakat ini dan orang ramai diminta untuk tidak membuat spekulasi dan tuduhan melulu tentang hal tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Majoriti

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...