Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Jenazah suami bertukar rupa akibat selalu hina azan

Ada suatu kisah yang diceritakan oleh seorang hamba Allah ketika dia menguruskan jenazah pada satu ketika dahulu. Saya berikan namanya sebagai Azhar.

Mungkin ada yang tidak percayakan atau was-was dengan cerita ini, namun kisah ini merupakan kejadian yang benar-benar berlaku yang cukup menginsafkan saya dan mungkin akan memberikan impak kepada pembaca yang lain juga.

Pada 16 Januari 1995, seorang wanita menghubungi Azhar.  Azhar mengenali wanita tersebut termasuk suami dan anak-anaknya kerana mereka pernah tinggal di kejiranan yang sama sebelum mereka berpindah ke daerah lain.

“Suami saya sudah meninggal dunia. Saya nak minta tolong ustaz datang rumah malam ni untuk uruskan jenazah,” kata wanita itu di hujung talian. Nadanya kedengaran sedih dan cemas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut wanita tersebut suaminya meninggal dunia ketika pulang dari bermain golf pada waktu Maghrib, namun sebaik pulang dan berehat di ruang tamu tiba-tiba dia mengalami sesak nafas.

Lantas mereka menghubungi ambulans, namun belum pun sempat dibawa ke hospital suaminya terlebih dahulu meninggal dunia.

Mendengar permintaan wanita tersebut Azhar terdiam sejenak. Azhar terfikir yang suaminya baru saja meninggal dunia, jadi kenapa pula dia hendak uruskan tergesa-gesa? Kenapa tidak tunggu esok sahaja?

“Uruskan esok tak boleh ke? Dah lewat malam ini,” kata Azhar memberi cadangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lagipun sebelum urus dan kafankan jenazah, bolehlah saudara mara atau sahabat handai arwah datang menziarah, lagipun arwah bukan orang sembarangan. Dia terkenal dan punya ramai kenalan.

Walaupun begitu, cadangan Azhar ditolak mentah-mentah oleh isterinya. Dia berkeras untuk menguruskan jenazah suaminya malam itu juga.

“Tak boleh ustaz. Kena urus malam ini juga. Urus esok susah jadinya. Nanti jiran-jiran tengok susah pula. Jenazah ini… ,” kata isteri arwah dengan nada cemas.
“Macam inilah ustaz, datang tengok sendirilah,” sambungnya lagi.

Mendengar kata-kata wanita itu, Azhar dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Akhirnya Azhar akur. Waris sudah amanahkan, dia tidak boleh menolak. Tapi kenapa isterinya mahu urus tergesa-gesa? Apa masalah sebenarnya? Getus Azhar dalam hati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Datang malam ini ya,” ujar wanita itu lagi sebelum menamatkan perbualan.

Selepas mendapatkan alamat tempat tinggal barunya, Azhar menghubungi rakan baiknya, Safar untuk menyediakan kelengkapan mandian dan kafan. Cukup semuanya, mereka terus bergerak.

Mereka berdua sampai di rumah arwah lebih kurang pada pukul 1 pagi. Azhar lihat memang tiada sesiapa di rumahnya kecuali beberapa ahli keluarga terdekat arwah.
Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, Azhar melihat jenazah sudah dibaringkan atas tilam di ruang tamu dalam keadaan bertutup dengan kain batik.

Azhar meminta izin untuk melihat jenazah. Perlahan-lahan, kain yang menutup jenazah Azhar selak. Sebaik terlihat muka dan tubuh arwah terus Azhar terkejut. Darahnya tersirap dan jantung berdegup dengan kencang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Azhar lihat muka arwah hitam seperti disapu minyak tar. Tubuhnya juga seakan membengkak seakan tumbuh bisul. Disebabkan keadaannya begitu, tubuh arwah menjadi pendek dan mengembang. Berbeza dengan fizikal arwah yang dia kenali ketika hayatnya.

Apa yang pelik dan bermain di fikiran Azhar adalah muka arwah. Kenapa boleh jadi hitam sebegitu sedangkan anggota tubuh yang lain elok sahaja. Selain itu juga, mulut dan bibirnya membengkak seakan seperti orang yang sudah berhari-hari meninggal dunia.

Azhar beristighfar dalam hati berkali-kali. Dia perasan Safar beberapa kali memandangnya seakan ingin bertanya sesuatu, tetapi Azhar hanya buat tidak endah kerana risau pula kalau ada ahli keluarganya yang akan berkecil hati. Walaupun pelik dan terkejut melihat keadaan jenazah, Azhar dan Safar terus melakukan urusan untuk kebumikan arwah. Sehinggalah selesai urusan mandi, kafan dan sembahyang.

Akhirnya urusan pengebumian arwah berjaya disempurnakan dengan pertolongan ahli kariah di situ. Selesai semuanya barulah Azhar berjumpa dengan isteri arwah yang masih sugul. “Suami puan sakit apa?’ tanya Azhar. Niat sekadar ingin tahu sahaja. Sambil mengalirkan air mata, isteri arwah bercerita kepada Azhar. Katanya, arwah memang tidak pernah sakit, namun tiba-tiba dia sesak nafas dan terus meninggal dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau ikutkan dia memang sihat. Aktif bersukan dan selalu buat medical check-up,” kata isterinya sambil menahan kesedihan.
“Kami yang ada di rumah pun terkejut. Tapi…. entahlah, dah memang ajal dia,” sambung isterinya lagi. Mendengar jawapan itu sekali lagi saya berasa pelik. Sakit begitu sahaja terus meninggal dunia?

“Kenapa pula jenazah arwah boleh jadi macam tu?’ tanya Azhar lagi kerana inginkan kepastian.

Si isteri tunduk. Agak lama berdiam diri barulah dia bercerita lagi. Katanya, dia hairan dengan perubahan jenazah suaminya itu.

Semasa mula-mula meninggal, keadaan jenazah biasa sahaja. Tapi tak sampai satu jam kemudian wajah arwah semakin lama bertukar menjadi hitam legam. Kemudian tumbuh pula bengkak-bengkak seakan bisul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Entahlah. Mungkin ini balasan Allah pada arwah agaknya,” ujar isteri arwah.

Azhar yang mendengar jawapan itu terus tersentak. Persoalan mula bermain di fikiran. Balasan? Apa pula suaminya buat semasa hidup? Azhar terus bertanya.
Kata isterinya, apa yang berlaku mungkin berkaitan sikap suaminya semasa hidup. Arwah sebenarnya suka bergaduh dengan penduduk di taman tempat mereta tinggal.

“Baru-baru ini dia bergaduh dengan bilal dan tok imam pula sebab laungan azan terlalu kuat hingga mengganggu tidurnya,” sambung isterinya perlahan.

Azhar terdiam. Dia tidak tahu bagaimana dia ingin katakan kepada isterinya. Tak sangka sampai begitu sekali perangai arwah, fikir Azhar dalam hati.
Disebabkan itu suaminya telah menulis surat aduan kepada Majlis Perbandaran di kawasan itu supaya mengambil tindakan kepada ahli jawatankuasa masjid yang kononnya tidak menghormati privasi penduduk di taman itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Suami kata, kalau nak azan atau buat kuliah pun tidak perlu pakai pembesar suara. Cukup hanya yang berada di dalam masjid sahaja mendengarnya. Sebagai isteri saya dah puas nasihatkan, tetapi dia tetap keras kepala,” kata isterinya yang terlihat sayu.

“Subuh tadi pun sebelum dia nak keluar main golf sempat juga dia mengutuk bilal yang laungkan azan tu. Katanya, kalau nak sembahyang itu buatlah sendiri tak perlu ganggu orang lain kerana kubur masing-masing,” sambung isteri arwah.

Azhar yang mendengar terus terkedu. Tak sangka arwah sanggup bertindak begitu hanya kerana benci dengar laungan azan, sudahlah begitu sanggup pula dia mencaci dan menghina orang yang mengajak ke arah kebaikan.

“Mungkin sebab itulah jenazah arwah jadi begitu. Sebab itu juga kami nak urus jenazah cepat-cepat. Takut orang tahu. Nanti malu,” kata isterinya lagi.
Azhar yang mendengar hanya beristighfar dan mengucap perlahan. Azhar juga berfikir mungkin itu balasan daripada Allah SWT kepada umatnya yang ingkar dan mempersendakan ajarannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Firman Allah, surah Ghafir, ayat 46: “Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya”

 

Sumber: Info Rakyat

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...