Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Suami sanggup upah penjenayah untuk rompak isteri sendiri

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki disyaki telah mengupah tiga orang penjenayah untuk merompak barang kemas isterinya yang dianggarkan berjumlah RM16,000, bagi membolehkannya membuat tuntutan insurans.

Kejadian itu terbongkar apabila pihak polis menahan tiga orang lelaki, termasuk seorang warga asing yang disyaki menyamun mangsa di kediamannya di Taman Hijau, Karak, Bentong, Pahang.

Superintendan Zaiham Mohd Kahar selaku Ketua Polis Daerah Bentong berkata, insiden tersebut berlaku pada jam 3.05 petang ketika wanita berusia 42 tahun itu bersendirian di kediaman kerana ibu dan anaknya bertandang ke rumah seorang saudara mereka.

Ketika itu, beliau berkata, suami mangsa juga tiada di rumah dan dikatakan keluar untuk melakukan kerja amal di sebuah kuil di Karak, Bentong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tiba-tiba, datangnya tiga lelaki tidak dikenali dengan memakai topeng dan mengacukan parang ke arah mangsa sebelum menggeledah rumah.

“Ketiga-tiga suspek itu kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta Perodua Alza yang diletakkan di hadapan rumah, bersama sejumlah barang kemas dianggarkan bernilai RM16,000 milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasil daripada maklumat yang diperoleh, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, dengan bantuan anggota IPD Nilai, Negeri Sembilan, berjaya memberkas tiga suspek di Nilai.

“Tiga suspek membabitkan dua lelaki tempatan berusia 33 tahun dan seorang warga asing berumur 24 tahun, ditahan pada jam 9.30 malam hari kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kenderaan dipercayai digunakan ketika kejadian turut dirampas. Hasil semakan mendapati dua suspek warga tempatan berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan kes rompak,” katanya.

Beliau juga turut berkata, hasil soal siasat terhadap suspek mendapati bahawa suami mangsa disyaki telah menjadi dalang utama kes rompakan itu bagi tujuan tuntutan insurans.

“Susulan itu juga, kita menahan suami mangsa yang berusia 47 tahun untuk membantu siasatan. Semua suspek kini telah direman tujuh hari hingga 24 Julai ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan, iaitu rompak berkumpulan menggunakan senjata,” kata beliau.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...