Setiap wanita yang sudah berkahwin pasti ingin menghadiahkan cahaya mata buat suami sebagai pengikat kasih sayang dalam rumah tangga.
Namun begitu, bukan semua orang mampu mendapat rezeki dikurniakan zuriat sebaik saja mendirikan rumah tangga. Ramai yang perlu menunggu sehingga bertahun untuk mendapat cahaya mata. Mungkin ada hikmahnya kenapa ada orang hamil awal dan ada yang hamil lambat. Semuanya tentang rezeki.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi rasa sedihnya apabila mendapat tahu adiknya hamil dulu darinya telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @eanzhafran di Tiktok, kelihatan wanita itu sedang berada di dalam kereta sambil menangis seorang diri.
Menurutnya, dia sedih apabila mendapat tahu adiknya sudah hamil sedangkan dia berkahwin lebih awal berbanding adiknya. Wanita itu siap membawa diri ke pantai kerana terlalu down pada ketika itu. Rupa-rupanya, dia terlalu emosi kerana dirinya juga sudah hamil tanpa dia sedar.
“Masa ni emosi teruk sebab I pun dah preggy 3 months tapi I tak tahu I dah preggy. I tau preggy masa perut dah 4 months weh. Buat penat je nangis. Kenapa kita sedih sangat sebab kita lebih tua dari suami, kita takut sangat tak dapat bagi baby awal-awal kat dia,” katanya.
“I feel you sis. Saya lagi terasa sebab buat dua pasang sekali kenduri. Saya dan suami, sepupu and wife dia. After sebulan macam tu dapat tahu wife dia pregnant” – Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 38.8K tontonan, 1.9K tanda suka serta 270 komen di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut meluahkan pendapat masing-masing dan ada juga yang pernah melalui situasi sama seperti wanita itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
