Umum sedia maklum bahawa wanita yang sedang mengandung tentu ada banyak pantang larangnya.
Hal ini juga kerana demi menjaga kandungan bayi di dalam perut mereka supaya tidak berlakunya perkara yang tidak diingini. Jadi, mereka tidak dibenarkan melakukan aktiviti sembarangan takut lain pula yang jadi lagi-lagi kepada kandungannya.
Pun begitu, kita sering mendengar wanita mengandung banyak mengidam bukan? Tambahan lagi yang rare dan agak susah ditunaikan. Tetapi, si suami haruslah menunaikannya takut sedih pula nanti.
Seperti video di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita mengidam untuk membawa motosikal RXZ telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Berdasarkan video di atas, kelihatan seorang lelaki yang merupakan abang kepada wanita berkenaan telah merakam momen di mana adiknya membawa motor tersebut.
Difahamkan, wanita tersebut sedang mengandung dan mengidam untuk membawa motosikal. Namun, ia bukanlah sebarang motosikal kerana dia hanya ingin membawa motosikal jenis RXZ di mana motosikal yang hangat dalam dunia permotoran.
Hajat wanita itu akhirnya ditunaikan selepas dia mendapat sebuah motosikal RXZ dan membawanya sendiri sambil diperhatikan oleh ahli keluarga yang lain.
“Mesti lepas naik motor tu baby happy” – Netizen
Dalam pada itu pula, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi perkara yang sama dan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 377.8K views, 19.4K likes dan 535 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Sumber: Seismik
