Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Kanak-kanak maut manakala ibu patah kaki dalam kemalangan bas dan lori tangki

SEGAMAT : Seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan penumpang bas maut apabila kenderaan terbabit terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki di Bandar Chaah, pagi semalam.

Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labis, Pegawai Bomba Kanan (PBK 11) Hairishah Wahid, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.13 pagi.

“Dalam nahas kira-kira pukul 7.10 pagi ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun disahkan meninggal dunia ketika sedang diberikan rawatan di sebuah klinik Kementerian Kesihatan (KKM) berhampiran.

“Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah bas Hino henti-henti membawa tiga orang penumpang. Bas terbabit dipercayai baru keluar dari simpang berhampiran sebuah lampu isyarat sebelum dirempuh di bahagian tengah oleh sebuah lori tangki Tata dari arah Chaah ke Yong Peng.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Seorang penumpang wanita berusia 45 mengalami patah kaki kanan yang juga merupakan ibu kepada kanak-kanak yang maut tersebut,” kata Hairishah ketika ditemui di lokasi kejadian.

 

Tambah Hairishah pula, seorang lagi penumpang bas wanita berusia 23 mengalami sakit di bahagian dada serta sesak nafas akibat rempuhan bas sewaktu kemalangan yang begitu kuat.

“Kedua-dua pemandu treler dan bas masing-masing berusia 65 dan 62 tahun mengalami kecederaan parah di kepala. Mangsa kanak-kanak yang maut berjaya dikeluarkan dari kenderaan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan KKM tidak lama kemudiannya ketika menerima rawatan,” kata Hairishah lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Operasi tersebut telah dijalankan oleh sepasukan 14 orang pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis dibantu oleh BBP Yong Peng yang dikerahkan ke lokasi kejadian.

Hairishah berkata juga, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada kira-kira pada pukul 9.03 pagi.

 

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...