Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Gadis ingin pulihkan dara tetapi jadi mangsa rogol bomoh miang

Usaha mahu mendapatkan rawatan mengembalikan dara yang hilang gagal apabila akhirnya dirogol seorang bomoh ‘pulih dara’.

Seorang bakal pengantin dirogol oleh seorang bomoh yang ditemuinya untuk membantu bagi memulihkan daranya.

Gadis berusia 22 tahun itu bertemu dengan bomoh berkenaan kerana bimbang tunangnya mendapat tahu dirinya sudah tidak lagi mempunyai dara.

Sebaliknya, bomoh berusia 53 tahun itu mengambil kesempatan dengan bertindak merogol wanita itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semasa perjumpaan mereka berdua, bomoh itu menawarkan tiga cara untuk memulihkan dara iaitu dengan cara di bawah:

1. Menghantar video aksi ghairahnya kepada bomoh.

2. Membenarkan bomoh menyentuh tubuhnya.

3. Merelakan dirinya melakukan hubungan seks bersama bomoh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita itu pada mulanya telah memilih cara yang pertama.

Difahamkan, wanita berkenaan memilih cara yang pertama lalu mengirimkan beberapa video kepada bomoh tersebut.

Bagaimanapun, dia tiba-tiba memilih cara kedua memandangkan dia tidak mahu lagi mengaibkan dirinya dengan menghantar video-video aksi ghairahnya.

Ketika bertemu buat kali kedua pula, wanita itu beranggapan bahawa bomoh itu akan membantu mengembalikan daranya dengan cara menyentuh badannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bomoh tersebut mengambil kesempatan dan terus merogol wanita itu di tempat perjumpaan mereka di sebuah pondok berdekatan Bukit Broga.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 16 April pada pukul 7.20 malam.

Wanita itu telah membuat laporan polis pada malam kejadian dan bomoh tersebut turut berjaya ditahan pada hari yang sama.

Sumber: Seismik
Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...