Seorang bapa durjana tergamak mencabul tiga orang anak perempuannya, masing-masing baru sahaja berusia setahun, tiga dan lima tahun sejak tahun lalu.
Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff selaku Ketua Polis Daerah Kajang berkata, pihaknya menerima laporan dari ibu mangsa yang mendakwa tiga anak perempuannya dicabul oleh suaminya di rumah mereka.
“Pengadu yang bekerja sebagai pegawai pemasaran mendakwa tiga orang anak perempuannya yang berusia setahun, tiga dan lima tahun dicabul oleh suaminya sendiri, lelaki berusia 32 tahun di rumah mereka di Semenyih, Kajang.
“Hasil siasatan awal oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kajang mendapati, pada 26 Oktober lalu, wanita berkenaan dimaklumkan ibunya bahawa anak perempuannya yang berusia tiga tahun mengadu dicabul.
Dalam masa sama, anak perempuan yang berusia lima tahun juga memberitahu pernah diperlakukan perkara sama oleh suspek selain turut memberitahu pernah nampak suspek melakukan perkara sama kepada adik bongsu mereka yang berumur setahun.
Pemeriksaan doktor mendapati, terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan ketiga-tiga mangsa.
Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan oleh pakar obstetrik dan ginekologi di Hospital Kajang pada 24 Oktober yang lalu mendapati bahawa terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan ketiga-tiga mangsa.
“Susulan itu, tangkapan ke atas suspek dibuat pada 11.45 pagi 25 Oktober lalu di tempat kerjanya di Sungai Long, di sini. Suspek ditahan dan dibawa ke Mahkamah Kajang pada 26 Oktober untuk mendapatkan permohonan reman daripada Majistret,” kata Ahmad Dzaffir.
